Pengharmonian Blog

Setiap permulaan sudah pasti mempunyai pengakhiran, dan setiap pengakhiran akan lebih murni jika dapat dirancang dengan kemas dan teratur agar menjadi lebih harmoni dengan konsep , tema dan objektif yang ingin dicapai. Untuk sekian kalinya penulis berhadapan dengan skrin komputer , bersemuka dimeja pengarang ,mencari suatu destinasi yang lebih sempurna untuk menggapai hasrat ke kemuncak kejayaan .Pada peringkat ini, penulis menerima pelbagai komen daripada rakan ilmiah bertujuan untuk proses penambahbaikan .Segala kritikan tersebut pula digunakan sebagai garis panduan untuk memenuhi segala kretiria yang diperlukan. Antara yang penulis lakukan seperti menyusun atur segala isi yang telah dipostingkan agar tampak kemas, mengekalkan yang bersifat signifikan, mengurangkan gadget agar tidak membebankan komputer terutamanya semasa proses "loading" ketika membuka laman blog yang dibina , meletak dan membuang gambar yang dirasakan perlu dan tidak perlu untuk memberikan gambaran kepada pembaca berkaitan perkara yang tersurat, membuat kesinambungan antara isi dalam posting, memastikan pemilihan sifat warna juga menarik serta kontra bagi menyedapkan pandangan serta memperbaiki pengolahan ayat agar lebih jelas dan mudah difahami.

Pembentangan Sebenar

Pada masa ini, penulis lebih berkeyakinan memandangkan penulis telah membuat persiapan menyeluruh. Walaubagaimanapun perasaan " nervous" dan rasa tertekan tetap timbul disebabkan kekangan masa untuk menyiapkan blog disamping melengkapkan laporan berdasarkan format yang telah diberikan. Rancangan pengajaran harian, Power Point pengajaran perlu disediakan sekali, tidak kurang dengan itu, penulis juga kena menyiapkan satu lagi Power Point yang bertujuan untuk pembentangan blog. Penulis mengaharapkan ianya dapat membantu dan merancang semasa proses tersebut.

Percaturan Exam & E-blog

Beberapa bulan telah berlalu, hari yang dinantikan kian tiba dan start minggu ini bermulanya minggu peperiksaan akhir untuk seluruh pelajar UKM .maka ini bermaksud permulaan hari yang kian "stress" buat penulis dan rakan dari kumpulan ilmiah yang lain. Bayangkan sahaja penulis terpaksa membahagikan masa antara exam, study dan buat tesis, ruang dan kelapangan masa yang diberikan pula cukup "pack" atau sangat terhad .memang "tension" dan kelam kabut penulis dibuatnya. keadaan menuntut penulis memperuntukkan secukup masa yang ada untuk dimanfaatkan sebaiknya . kekadang penulis terpaksa bercekung mata untuk memenuhi segala keperluan tersebut, memang tak cukup tangan andai ingin disempurnakan segalanya. Namun hikmah disebaliknya menyedarkan penulis bahawa hidup universiti bukanlah setakat belajar dan menjadi mahasiswa yang terpelajar , tetapi kepelbagaian tugasan yang diamanahkan mengajar dan melatih kita erti disiplin serta pengurusan diri & masa dengan sebaiknya. kesedaran ini akhirnya membina bibit-bibit yang harmoni dalam diri penulis, dan kini penulis lebih " confident" untuk persiapan ilmiah buat sekian kalinya.Justify Full

penambahbaikan blog

Semasa pembentangan ilmiah beberapa hari yang lepas , memang agak mencemaskan penulis memandangkan masih terdapat ruangan blog yang belum disempurnakan , tidak cukup dengan itu persediaan yang dibuat juga tidak beberapa mantap untuk penulis menyampai dan membentangkan hasil kerja ilmiah tersebut. pengolahan isi dan huraian yang tidak seberapa , menyebabkan pelbagai kritikan membina dan cadangan yang diberikan dari penyelia dan rakan ilmiah. Walaubagaimanapun proses ini memberi ruang kepada penulis untuk memperbaiki dan mempelbagaikan lagi inisiatif yang digunakan dimasa hadapan supaya hasil kerja yang dipersembahkan lebih "advanced" dari yang biasa. Komitmen dan sikap tidak segan bertanya antara rakan semasa proses ilmiah membina satu hubungan kemesraan yang murni hingga akhirnya menjalinkan ikatan ukhwah untuk menitip kejayaan bersama.

Myfirst Presentation..(Makmal Fakulti)

Setelah segala proses ilmiah yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa menimbulkan sebarang masalah yang boleh membebankan penulis, bahkan persiapan demi persiapan telah pun dibuat, akhirnya sebagaimana yang telah diumumkan oleh penyelia ilmiah pada perjumpaan di makmal yang lepas, penulis bersama rakan dari kumpulan ilmiah yang sama akan membentangkan kemajuan atau perkembangan hasil ilmiah yang telah berjaya disempurnakan buat pertama kalinya."Anyway..." pada masa ini penulis sendiri belum lagi dapat melengkapkan kesemua blog yang ditugaskan dan masih dalam pembikinan atau "in progress", diikuti juga oleh rakan seilmiah yang lain, yang mungkin disebabkan agak "busy" dengan pelbagai aktiviti dan komitmen yang perlu pada assignment dan tugasan kumpulan/peribadi yang lain.

Arahan / Tugasan :
PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN TESIS
Sila bentang kemajuan masing-masing pada 20 oktober 2008

Download Borang penilaian Metaku

Lazimnya penulis akan mendapat emel dan tugasan baru daripada penyelia ilmiah, dan untuk sekalian kalinya penulis mendapat tugasan baru berkaitan "Borang Penilaian Metaku" .untuk tugasan kali ini penulis dikehendaki memuat turun borang tersebut, mengisi borang , memberi komen dan mengutarakan cadangan berkaitan tentang instrumen penilaian laman web kepada penyelia ilmiah untuk proses pembaikan.


Arahan / Tugasan : DOWNLOAD BORANG PENILAIAN METAKU SEPT 15
  • Sila hantar download borang penilaian metaku
  • Saya percaya anda telah mempelajari laman web www.3metaku.com dengan tempoh masa yang mencukupi yang telah saya beri. Anda juga telah membuat ANALISIS KENDIRI DAN MENGHANTAR KEPUTUSANNYA. Langkah seterusya sila lakukan PENILAIAN KENDIRI selepas mempelajari STRATEGI METAKU.
  • Tugas anda yang seterusnya ialah download nya :
  • Rename fail atas nama anda.
  • Kemukakan penilaian anda terus dalam borang tersebut dan upload dalam folder borang penilaian metaku dan juga menghantar fail tersebut secara attachment kepada naw2200@... sebagai backup. (Tarikh hantar: 16 Sept 08).

Panduan 4 : strategi metakognitif

Pada masa ini, penulis menerima tugasan baru daripada penyelia ilmiah berkaitan "strategi metakognitif" yang boleh dilayari melalui alamat www.3metaku.com. Tugasan ini sebenarnya bukanlah untuk membebankan penulis sebaliknya merupakan suatu inisiatif kepada pelajar daripada kumpulan ilmiah untuk membantu proses kajian dan memudahkan lagi perlaksanakan kajian ilmiah. Hal ini disebabkan dalam laman tersebut turut dimuatkan tentang beberapa kaedah , antaranya seperti berikut :

  • Pelayar Web : Pelayar web membolehkan anda melayari maklumat daripada Internet.Terdapat beberapa jenis perisian pelayaran yang boleh digunakan, antaranya Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
  • Enjin Carian : Enjin carian merupakan perisian yang digunakan untuk mencari maklumat. Ia juga merupakan laman web yang mengumpul dan mengorganisasikan laman-laman web berdasarkan sesuatu kata kunci.
  • Teknik Carian : Mengetahui teknik-teknik carian tertentu memberi kelebihan kepada anda untuk membantu anda mencari maklumat dengan cara yang cekap dan berkesan. Beberapa teknik carian dibincangkan untuk memberi panduan kepada anda memilih teknik carian yang sesuai dengan tugasan yang anda lakukan.
  • Simpan Bahan Dalam Talian : Beberapa teknik menyimpan bahan atau maklumat dibincangkan untuk memberi panduan kepada anda memilih teknik menyimpan yang sesuai dengan tugasan yang anda lakukan.
Informasi yang diberikan melalui laman tersebut memberikan pelbagai manfaat kepada penulis, khususnya dalam menjayakan proses kajian ilmiah yang mengintegrasikan antara pengajaran & pembelajaran melalui IT, laman tersebut secara tidak langsung sebagai wadah baru dalam corak pembelajaran yang lebih bersifat sistematik, berinformasi, terkini, "up to date" dan tidak membosankan pelajar mahupun guru pengajar.

Arahan / Tugasan :
PANDUAN 4, STRATEGI METAKOGNITIF SEPT 8
Assalamu alaikum,

  • * Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda menggunakan strategi metakognitif - sila pelajari kandungan laman web Metaku: www.cahtma.com/metaku/index64.html
  • * anda perlu mendaftar sebagai pengguna. seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami.
  • * Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 sept 08)

Searching...Loading for " Related Blog"

Setelah berjaya membina beberapa buah tapak blog , mengolah dan menyampaikan isi secara agak konkrit disebabkan laman yang dibina masih lagi "in progres" , maka penulis meneruskan semula aktiviti ilmiah dengan mencari beberapa laman blogger atau web yang berkaitan dengan tajuk pengajaran & pembelajaran yang dihasilkan. pencarian tersebut merupakan suatu kesinambungan tajuk yang berkaitan dengan P&P untuk dianalisis berdasarkan 10 kretiria dalam " critical standard of thingking " yang telah ditetapkan..Semoga Succses insyaAllah

Arahan / Tugasan :
PENCARIAN BLOG BERKAITAN
Setakat ini beberapa pelajar sahaja yang ada blog sendiri. kepada pelajar yang lain.Sila berbuat demikian. Sila Cari blog yang berkaitan dengan usaha dakwah dan juga blog yang berkaitan pendidikan islam dan alquran. Senaraikan blog berkenaan.

Kemas Kini " Link"

Seperti biasa.. penulis akan mendapat mesej daripada penyelia yang disampaikan melalui emel dalam Yahoo Groups dan tugasan kali ini mengarahkan kami supaya membuat kemas kini "link" disamping membina folder sendiri yang telah diberi nama dan dipautkan dengan semua laman blog yang telah dihasilkan. Sebenarnya arahan ini merupakan maklum balas dari penyelia rentetan masih terdapat sesetengah pelajar ilmiah yang belum menguruskan folder dan tidak menghubungkan blog yang dihasilkan dalam yahoo groups untuk pemantauan penyelia dari semasa ke semasa.

Arahan / Tugasan :
Sila kemas kini link (pautan) untuk blog anda. semua pelajar perlu ada folder sendiri untuk Link. Klik Add folder dan namakan dengan nama anda. Kemukakan semua pautan blog anda dalam setiap folder anda. Konsep sama seperti Files

Bina Peta Konsep & Penetapan Objektif

Setelah melihat dan meneliti beberapa buah rujukan , penulis merasakan pembinaan peta konsep amat penting, kerana ianya berfungsi sebagai garis panduan kepada pembinaan objektif yang boleh dicapai. Oleh yang demikian penulis telah melakar sebuah peta konsep yang agak "simple" untuk dimasukkan dalam laman P&P memandangkan keterhadan kawasan yang disediakan dalam template blog. Hasilnya penulis dapat merancang disamping memudahkan penulis melaksanakan segala proses kajian ilmiah ini secara lebih aktif dan berkesan disebabkan telah wujudnya idea-idea baru sebagai kesinambungan kepada idea-idea asas .

kajian Perpustakaan

Minggu ini penulis menuju ke Perpustakaan Tun Sri lanang dan berulang-alik ke perpustakaan fakulti pendidikan UKM untuk mencari informasi yang berguna, menambah rujukan tambahan sebagai panduan untuk penulisan blog khususnya dalam laman P&P. Pada awalnya memang rasa "stress" memandangkan terlalu banyak bahan rujukan yang terdapat di kedua-dua perpustakaan sehinggakan penulis sendiri keliru untuk mulakan dekat mana terlebih dahulu, tambahan lagi rujukan berkaitan yang ada adakalanya bercampur dengan rujukan yang lain mungkin disebabkan tindakan sesetengah pelajar yang tersalah letak selepas menggunakannya. kebanyakan rujukan yang ada pula boleh dikatakan dalam versi english.walaubagaimanapun berkat kesabaran akhirnya penulis berjaya memilih beberapa bahan rujukan untuk melihat bagaimana penyampaian dan pengolahan isi serta kadungan huraian yang terdapat dalam rujukan tersebut.

Proses kajian

Minggu ini penulis telah menerima emel berkaitan proses kajian yang perlu penulis dijalankan sepanjang menghasilkan gerak kerja latihan ilmiah 2008. Panduan yang diberikan memberikan "guide line" kepada penulis untuk memantapkn lagi blog yang sedia ada disamping memperbaiki setiap kekurangan yang dapat dikenal pasti. Penulis cuba membuat refleksi dan mengaplikasikan apa yang telah diterangkan dalam panduan yang diberikan oleh penyelia ilmiah sebagaimana dibawah seperti membina hyperlink dengan rakan setugas bagi menghebahkan laman-laman yang telah dihasilkan ,meminta komen dan maklum balas dari setiap rakan dari kumpulan ilmiah supaya dapat diperbaiki dan mencari inisiatif tentang bagaimana untuk menjadikan laman P&P ini lebih menarik dan "advanced" . kesemua proses ini bertujuan agar ianya sentiasa bertepatan dan bersesuaian dengan kretiria yang dikehendaki....semoga cemerlang!!

Arahan/ Tugasan :
PANDUAN 2; PROSES KAJIAN

  • Kajian anda adalah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang berkaitan dengan bidang masing-masing
  • blog digunakan untuk anda memaparkan sumber-sumber maklumat yang telah anda cari, pilih, nilai dan akan gunakan dalam tajuk-tajuk yang anda.
  • Blog juga digunakan sebagai medan untuk anda menggunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan.
  • Untuk itu dalam proses pembangunan blog ini, ia perlu melalui langkah-langkah berikut :

1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran)

2. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka (blog boleh dipelbagaikan user interface - contoh blog yang Fadil sesduai untuk dijadikan interface - tetapi saya tak mahu sama. Anda boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian anda. Anda perlu buat blog tentang proses anda melaksanakan kajian - refleksi metakognitif anda melakukan kajian - termasuk nanti semasa anda mencari maklumat. Dalam hal ini ada perlu mempelajari kemahiran membuat blog.

3. Menyebarkan blog anda pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Sila letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing agar saya dan dr saemah dapat memantau kemajuan anda. Anda juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajaran dalam blog anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan ukm. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim darul izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke kemboja anda boleh arrange, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri.

4. Setelah mendapat maklum balas dari pelajar, anda boleh memperbaiki blog anda.

5. Dalam proses menyiapkan menyiapkan blog kajian, anda perlu menyiapkan laporan dan uploadkan dalam folder masing-masing dalam group ini. agar kami dapat memantau kajian anda.

6. Sila ikut arahan kami dari masa ke semasa.

7. Sekarang anda perlu melipat gandakan usaha.

8. Saya dapati tidak ramai yang aktif dalam group ini.

Tinjauan Literasi (Contoh Kajian Lepas)

Untuk memantapkan lagi isi dan huraian dalam kajian ilmiah berasaskan integrasi IT ini, penyelia mencadangkan agar meneliti dan menambah serta memperbaiki lagi isi daripada beberapa sumber rujukan ilmiah yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar yang lepas, Hal ini memandangkan kemungkinan penulisan ilmiah yang masih " in progres" menunjukkan isi yang belum matang dan memerlukan kepada penjelasan yang lebih konkrit sagar dapat merungkaikan semua permasalahan " what, why, who, & how" dan memenuhi segala kriteria dalam "critical standard of thingking"..oleh yang demikian penulis telah berusaha mencari beberapa sumber rujukan yang mempunyai kebolehpercayaan serta kesahan sebagai sumber rujukan..semoga succses InsyaAllah


Arahan/Tugasan :
CONTOH KAJIAN LEPAS
untuk memberi kefahaman awal, tajuk kajian anda adalah lebih kurang maksudnya seperti dibawah

PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM/ PENDIDIKAN ALQURAN)

Senarai tajuk yang pelajar senior telah buat:

1. pengintegrasian sumber maklumat berasaskan web untuk pengajaran dan pembelajaran "ibadat puasa"

2. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran solat: tingkatan satu (unit 1)

3. pengajaran dan pembelajaran berasaskan web "saidina uthman bin affan r.a "

4. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran konsep pembaziran dalam islam

5. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran kejadian manusia menurut al-quran

6. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran beriman kepada rasul

7. pengintergrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran "bukti-bukti kekuasaan allah s.w.t. menurut al-qur'an"

8. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran tayammum

9. pengajaran dan pembelajaran berasaskan web "proses dan hikmat kejadian siang dan malam menurut al-quran"

10. pengintegrasian sumber maklumat laman web untuk pengajaran dan pembelajaran riba'

11. pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai matahari menurut alquran

12. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran hikmah kejadian alam semester berkaitan dengan pendidikan alquran

13. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web tentang dakwah nabi muhammad saw menurut al-quran

Percaturan Blog...season 2

Berusaha.. mencuba dan terus mencuba tanpa berputus asa..akhirnya bibit kejayaan semakin hampir buat penulis, setelah beberapa hari bertungkus-lumus memerah otak, berfikir ,mencari idea, membuat refleksi, try & error akhirnya barulah penulis berjaya membina 5 blog berkaitan sebagai tapak untuk penulis meneruskan perjuangan menyiapkan latihan ilmiah ini, dengan bertunjangkan tajuk : PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN), penulis berjaya melakar sebuah blog berkaitan laman P&P yang akan digunakan sebagai laman pengajaran guru dan pembelajaran murid di alamat http://mybloggjul.blogspot.com/

Setelah itu penulis melakar sebuah blog yang berfungsi sebagai laman refleksi metakognisi di alamat http://refleksimetaku.blogspot.com/, di laman ini nanti penulis akan menulis dan menceritakan segala bentuk proses berfikir semasa menghasilkan 5blog yang masih "in progress" .

kemudian penulis cuba pula membina sebuah blog pula bagi menganalisis laman-laman berkaitan dengan blog P&P yang saya hasilkan , dan penganalisisan itu berdasarkan 10 kretiria " critical standard of thingking' iaitu 1)kejelasan, 2)ketepatan, 3)keterperincian, 4)logik, 5)relevan, 6)mendalam, 7)luas 8) signifikan dan 9)adil 10)hikmah iaitu di alamat http://truelythingking.blogspot.com/.

Disamping itu penulis juga mereka sebuah tapak khusus untuk mencaritakan tentang biodata pengarang di alamat http://myselfgjul.blogspot.com/, dilaman ini nanti penulis akan mencaritakan bagaimana rentetan kehidupan penulis bermula dari zaman kanak-kanak, ke bangku sekolah hinggalah ke alam remaja seterusnya menjadi mahasiswa yang berjaya hari ini.

Seterusnya setelah berjaya menghasilkan ke empat-empat blog tersebut sebagaimana yang ditugaskan oleh penyelia ilmiah, penulis membina sebuah lagi tapak yang akan menjadi laman utama bagi kesemua blog tadi di alamat http://myilmiahblog.blogspot.com/, di laman ini nanti penulis akan menghubungkan ke empat blog kepada laman ni melalui pautan hyperlink dan diharapkan agar para pembaca yang budiman berpuas hati dengan blog-blog yang dihasilkan..InsyaAllah

Panduan 3 -Proses kajian ( Mencari , Memilih, Menilai P

PANDUAN 3 -PROSES KAJIAN , MENCARI , , MEMILIH MENILAI
Sehingga tahap ini anda telahpun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan.
1. Blog peribadi/personal (optional)
2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatakan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

Jangan terlalu menekankan soal estetika atau kosmetik blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut :
1. Tugas anda pada ketika ini untuk membaca, mengetahui, memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tentang pemikiran kritikal melalui artikel yang telah diupload.
2. Mencari, memilih dan menilai laman-laman web berdasarkan kriteria standard pemikiran.
3. Cari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk anda sama ada dalam bahasa Melayu, indonesia dan english.
4. Anda perlu menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Buat table/jadual untuk memudahkan anda membuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria.
5. Anda juga perlu membuat ulasan ringkas kandungan berdasarkan kriteria penilaian berasaskan standard pemikiran.
6. Semasa proses ini dijalankan anda boleh create satu blog yang khusus dengan menyenaraikan laman-laman web berkenaan serta ulasan. Kerana anda akan membuat pautan kepada blog berkenaan dari blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda. (ini yang dikatakan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dfan pembelajaran tajuk anda)
7. Semasa anda menganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, anda juga perlu mengambil iktibar dari kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya semasa anda membangunkan blog tentang tajuk anda ia tidak diulangi. Ia juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.
Proses ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh hari ini. Saya harap semasa perjumpaan minggu depan anda telah telah melalui proses ini dan jika ada masalah kami (Dr Saemah dan saya) akan jelaskan pada perjumpaan khamis depan 11 sept 08.

Percaturan Blog

Dalam kesempitan masa ni.. penulis jadi "blur" sebab blog yang telah dihasilkan tidak sesuai diantara susunan isi, widget, dengan template..so jalan penyelesaian terpaksa segera diikhtiarkan memandangkan dah nak dekat exam, risau andai tiada masa plak untuk " study" ..fikir dan fikir , tapi masih keliru nak tukar yang mana satu, and lastly..buat keputusan untuk ubah semua template dan blog yang ada di alamat :

http://lamanpendidikan.blogspot.com/

http://cubafikir.blogspot.com/
http://fikiriman.blogspot.com/

untuk ditukarkan kepada template dan blog yang baru..Diharapkan semoga laman yang baru lebih ceria dan succses
!!..insyaAllah

Rancang & Bina Semula

Selepas memilih tajuk yang sesuai penulis merancang semula , apa yang harus dilakukan , yang mana perlu didahulu dan dikemudiankan..kemudian berdasarkan alternatif tersebut penulis cuba memilih mana yang terbaik untuk dilaksanakan, selepas berfikir tentang cara yang paling berkesan, akhirnya penulis membuat keputusan, untuk membina blog semula pada dashboard yang sama, ini bertujuan agar penulis dapat menggunakan idea baru tanpa terpengaruh dengan idea lama, serta menggunakan blog yang lama sebagai rujukan/panduan kepada blog yang baru..


Arahan/tugasan :
PANDUAN 1, PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN KAJIAN

Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian:

1. Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

3. Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.

4. Untuk kajian ini, anda perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti

a. Komputer dalam Pendidikan (yang terkini anda perlu ada blog sendiri);
b. psikologi pendidikan;
c. teknologi pendidikan;
d. pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah pendidikan islam / alquran;
e. pengukuran penilaian;
f. kemahiran berfikir dalam pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –dan anda perlu baca dan faham dan bincang dalam yahoogroup tentang Intelectual standard. Dr saemah akan memantau tahap kefahaman anda tentang Intelektual standard ini );

Mencari Tajuk

Diantara pengalaman paling menarik yang penulis pernah lakukan sepanjang menghasilkan latihan Ilmiah ini ialah ,, penulis terpaksa keluar ke kajang untuk mencari tajuk tesis di pusat buku teks. Hal ni memandangkan kajian yang akan penulis hasilkan mestilah berkaitan dengan silibus mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum sekolah ..dan alhamdulillah penulis berjaya menemuinya di sebuah kedai buku yang menjual pelbagai jenis buku, daripada buku teks hinggalah ke novel, semuanya dipasarkan ditempat tersebut "bookstore". selepas membelek dan meneliti beberapa buah buku ..akhirnya penulis terjumpa sebuah tajuk yang sesuai dan bertepatan dengan isu semasa ,iaitu "PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN" tajuk tersebut merupakan salah satu daripada beberapa silibus yang terkandung buku teks tasawur islam..

Memahami tugasan memang amat penting sebelum melaksanakan sesuatu perkara, kerana sesuatu kejayaan itu bertitik-tolak kepada sejauh mana pemahaman dan bagaimana perlaksanaan kerja, hakikatnya pemahaman yang konkrit akan menjelaskan proses-proses yang perlu dijalankan..Oleh yang demikian penulis sentiasa cuba memahami tugasan melalui sesi pertanyaan/perbincangan yang dikhaskan dalam yahoo groups bersama dengan penyelia dan rakan sekuliah..pada ketika ini penulis masih lagi "blur" tentang tajuk yang sesuai bagi latihan ilmiah yang akan dihasilkan..namun bergiat aktif dalam perbincangan yahoogroups sedikit sebanyak telah membantu penulis memahami tugasan seterusnya mencari idea-idea yang bermakna dalam kajian ilmiah 2008.

Arahan / Tugasan :
Pelajar-pelajar diTUNTUT untuk aktif dalam yahoogroup ini. saya (penyelia) tidak mahu pelajar hanya menjadi PEMERHATI sahaja yang tidak menyumbang kepada perkongsian maklumat dan ilmu. Saya dan Dr Saemah akan memantau setiap keaktifan pelajar. Dalam latihan ilmiah, ini kami berkolaborasi. Saya memberi tumpuan kepada aspek teknikal, manakala Dr Saemah pula aspek Psikologi Pendidikan - berkaitan dengan kemahiran berfikir.

Interaksi maya berlaku dan didokumen/diarkibkan sebagai bukti keaktfifan.
1. Interaksi sesama pelajar (pelajar saling bantu membantu menyumbang idea dan memberi maklum balas, memberi motivasi, membuat pentaksiran rakan sebaya; berkongsi pengetahuan dan kemahiran) - Bekerja dalam satu pasukan
2. Interaksi pelajar dengan penyelia-penyelia.

Dalam kajian ini pada umumnya merupakan integrasi beberapa disiplin ilmu yang telah anda pelajari
1. Komputer dalam Pendidikan
2. Psikologi Pendidikan
3. Kemahiran berfikir dalam Pendidikan
4. Kurikulum dan Pedagogi
5. Kaedah pengajaran (mengikut pengkhususan masing-masing)
6. Pengukuran dan Penilaian
7. Asas Penyelidikan Pendidikan
8. Teknologi Pendidikan
9. Ilmu kandungan pengkhususan masing-masing (Pendidikan Islam /Pendidikan AlQuran)

  • Justeru, saya berharap pelajar dapat mengintegrasikan kesemua disiplinilmu diatas agar dapat menjadi ILMU YANG MANFAAT.
  • Sentiasa Ingat FALSAFAH UKM Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.


Bina Folder Dalam Yahoo Gropus

Penulis menerima emel daripada penyelia yang mengarahkan supaya membina folder dalam yahoo groups yang berfungsi menjadi web/digital portfolio bagi memudahkan penyelia ilmiah membuat tinjauan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengetahui tahap perkembangan pelajar yang berada dibawah seliaannya..


Arahan/tugasan :
Saya (penyelia) harap pelajar mencipta folder masing-masing dengan meletakkan nama penuh (bukan samaran) dan nombor matrik. Folder ini akan menjadi web-portfolio atau digital portfolio, di mana kami akan memantau setiap laporan kajian. Pelajar-pelajar lain juga diTUNTUT untuk membuat pentaksiran portfolio antara satu sama lain.
Bagi yang dah lupa cara membukan folder
Langkah-langkah :
1. Pada menu sebelah kiri, klik Files
2. Create Folder
3. Folder Name: Letak Nama Penuh dan nom. matrik. Pada ruangan Description tidak perlu letak apa-apa pada ketika ini, kerana anda akan meletakkan tajuk kajian pada masa akan datang.
4. Buka folder masing-masing, dan upload sebarang bahan yang berkaitan
dengan kajian ilmiah anda di masa akan datang.

Photo..

Minggu ini penulis menerima mesej dari penyelia ilmiah dalam yahoogroups berkaitan photo yang perlu diuploadkan untuk memudahkan pensyarah mengenali pelajar-pelajar yang berada di bawah seliaannya.

Arahan : Sila letakkan gambar ukuran passport masing-masing dengan mberi nama penuh pada Photos

Masalah " Posting&Publish "

Menjadi kelaziman dalam membina blog apabila , sesutu mesej atau komen atau isi yang ingin di publishkan tetapi tidak dapat posting..keadaan ini mungkin disebabkan ketidaksesuain format yang digunakan semasa menulis isi blog yang ingin dipostingkan, seperti menggunakan "font" yang tidak terdapat pada ruangan "create post" atau " copy" dari powerpoint untuk di "paste" dalam "create post" tadi..pada masa mula pembinaan blog memang agak stress apabila perkara sebegini terjadi dan kadang-kadang melemahkan semangat penulis..namun setelah mencuba try dan error akhirnya barulah penulis tahu mengatasi masalah tersebut..iaitu untuk mengelakkan masalah semasa publish posting, penulis akan paste terlebih dahulu pada ruangan "edit Html" sebelum meneruskannya pada ruangan "compose" ..

pemilihan Template

pemilihan template yang sesuai merupakan suatu agenda penting yang perlu dilakukan bagi seorang pengarang blog, hal ini kerana template yang sesuai memudahkan proses pengurusan blog dan susunatur posting serta widget. kadang-kadang blog yang tidak sesuai seperti ruang atau tulisan terlalu kecil, atau warna yang terlalu garang memberikan impak kepada pembaca, kemungkinan pembaca akan hilang "mood" untuk meneruskan pembacaannya disebabkan fizikal template yang menyakitkan pandangan dan sukar untuk dibaca. Oleh yang demikian atas sebab itu penulis sendiri telah mencari dan mencuba beberapa template yang agak sesuai dan bertepatan dengan apa yang ditutorialkan dalam blogger. walaubagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai masalah yang dihadapi penulis semasa ingin "publish template" akibat ketidaksuaian dengan blog, namun selepas "try and error" akhirnya barulah penulis berjaya..syukurrr...

Pembinaan Blog

Masa ini penulis memulakan pembinaan blog dengan mendaftar dekat blogger di laman https://www.blogger.com/start , Pelbagai masalah yang terpaksa diselesaikan dengan cara "cuba jaya" dan "eksplore" memandangkan pengalaman kali pertama penulis mencipta blog. Bermula dengan pendaftaran email sehinggalah pemilihan template dan "publish" pelbagai pendekatan yang dilakukan agar setiap perjalanan kerja ilmiah yang ingin dihasilkan menitipkan kejayaan.

Tutorial Blog

Memandangkan penulis bukanlah pelajar yang mengambil jurusan IT, maka keadaan ini menyukarkan penulis untuk menyiapkan blog fasa pertama iaitu pembinaan blog dan belajar tentang aspek-aspek penting berkaitan pengurusan blogger. walaubagaimanapun rakan sekuliah dan penyelia ilmiah sendiri yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sumbangan idea sebagai satu " advanced" yang banyak membantu bagi memudahkan lagi gerak kerja ilmiah penulis. tidak kurang juga, penelitian terhadap beberapa tutorial blogger yang digunakan sebagai sumber rujukan bagi memudahkan lagi pemahaman terhadap pengurusan blogger dan ciptareka widget..ini juga bertujuan agar dapat memahirkan dan memantapkan lagi penggunaan blog oleh penulis sebagai wadah P&P nanti..InsyaAllah.

Bersesuaian dengan tugasan yang diberikan :
Anda perlu tahu dan mahir membina dan menyenggarakan blog. Jika anda mahu sesuatu yang mencabar, boleh bina laman web sendiri tanpa menggunakan blog sepertimana yang pernah anda pelajari semasa Komputer dalam Pendidikan.

Saya nak anda familiar bagaimana blog digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. anda perlu melayari blog-blog berkenaanya, tidak semestinya yang berkaitan dengan tajuk kajian nanti.

Cabaran ilmah.

kawan sekuliah selalu kata "buat blog tu payah pe lagi nak buat laman Web". tapi bagi penulis ianya merupakan suatu cabaran dan sebagai pelajar yang bakal menjadi pengajar ,cabaran itu perlu diterima dengan terbuka dan bukannya melarikan daripadanya ,bahkan ia mampu mendidik diri manjadi lebih lebih matang dan berani berhadapan dengan masalah@risiko, penulis yakin dan percaya kemungkinan terdapat 1001 macam problem yang mugkin bakal penulis temui disekolah, Justeru sebagai seorang pendidik bahkan sebagai seorang guru agama@ustaz@da`ie yang sesuai dengan era globalisasi , penulis perlu memantapkan diri dengan pelbagai susunan ilmu pada setiap ruang, peluang dan kesempatan masa yang ada..walaubagaimanapun sebelum membuat laman ilmiah berkaitan pengintegrasian IT dalam P&P penulis telah terlebih dahulu, membuat kajian tentang negative dan positive penggunaan laman web@Blogger..dan ianya bersesuaian dengan tugasan penulis...

sila kaji dan bincangkan :
1. kelebihan dan kelemahan Blog untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2. 1. kelebihan dan kelemahan laman web yang dibina sendiri templatnya
(bukan blog) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Cerita sem Lepas..

Sebenarnya latihan ilmiah berkaitan pengintegrasian maklumat dalam P&P telah ditawarkan oleh pensyarah semasa sem lepas lagi , namun masa tu, belum konfom lagi nak wat tentang ape..kerana mungkin masih mencari sesuatu yang lain dari yang lain,then last minute.. akhirnya saya buat keputusan untuk meneruskan bentuk latihan ilmiah ini memandangkan minat saya lebih cenderung kepada ICT. Diantara tugasan yang perlu saya lakukan berdasarkan kehendak penyelia tesis adalah :

Tajuk kajian masing-masing anda mestilah unik.
  • Namun tajuk ini boleh diberi dari masa ke semasa. Yang penting semasa latihan mengajar di sekolah nanti, anda dapat meneroka dan memilih tajuk yang sesuai untuk mengintegrasikan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk tertentu. Maknanya berdasarkan pengalaman anda mengajar sesuatu tajuk tersebut tanpa mengintegrasikan laman web (mungkin semasa latihan mengajar di sekolah tidak dapat diintegrasikan dengan sumber maklumat laman web atas kekangan tertentu), tetapi dalam kajian ilmiah nanti, anda perlu berfikiran kehadapan (futuristik) dalam mengintegrasikan ICT dan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran untuk sesuatu tajuk dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan AlQuran. Kerana walaupun pelajar tiada kesempatan di sekolah untuk menggunakan internet di sebabkan masalah teknikal, namun di rumah atau mana-mana siber kafe mereka boleh menggunakannya.
Secara ringkasnya penyataan masalah kajian anda adalah seperti berikut:
  • Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.
  • Untuk mendapatkan latarbelakang dan penyataan masalah yang konkrit untuk kajian ilmiah anda, maka satu kajian kes awal perlu dilakukan semasa latihan mengajar di sekolah. Anda perlu membuat temubual berpandukan soalan-soalan berstruktur yang akan saya beri pada anda. Jesturu itu, saya harap semasa latihan mengajar nanti tolong gunakan yahoogroups ilmiah2008 untuk berbincang dan mengikuti arahan saya dari masa kesemasa.
  • 1. Anda perlu menemu bual - guru-guru pendidikan Islam di sekolah anda.
  • 2. Anda perlu menemu bual - pelajar-pelajar untuk mendapat pandangan
  • 3. anda perlu membuat pemerhatian - pembudayaan ICT di sekolah, infrastruktur ICT di sekolah.
Saya mengharapkan pelajar-pelajar yang telah"menyerah diri" untuk kami selia, akan mengumpul data berkenaan

Data akan dianalisis secara kualitatif (teknik triangulasi) dan anda akan memuatkan hasil analisis anda dalam latar belakang kajian dan penyataan masalah yang konkrit untuk tindakan seterusnya untuk mencapai objektif kajian

OBJEKTIF KAJIAN
a. Mencari, menganalisis dan menilai sumber maklumat dari laman-laman web yang bersesuaian dengan tajuk
b. Menghasilkan strategi pencarian, penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat sebagai panduan guru dan pelajar sekolah.
c. Membina modul berasaskan blog (weblog) bagi pengajaran dan pembelajaran [tajuk] mengintegrasikan sumber maklumat yang dipilih

Dengan itu, pada minggu pertama dan kedua semasa latihan mengajar, anda perlu membuat hubungan baik (rapport) silaturrahim dengan guru-guru pendidikan Islam di sekolah dan juga pelajar sekolah. Kerana anda menemubual mereka dari masa secara informal sepanjang anda berada di sekolah semasa latihan mengajar. Anda boleh mengemukan soalan-soalan secara sedikit demi sedikit. Anda perlu mencatatkan point-point yang dikemukakan berdasarkan temubual secara informal.

Maknanya semasa anda di sekolah nanti, selain melakukan latihan mengajar anda dilatih untuk menjadi penyelidikan kualitatif dan mendapat pengalaman tentangnya.

wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

penyelia Tesis..

Setelah beberapa 4 minggu berlalu akhirnya keputusan berkaitan penyelia latihan ilmiah pun terpampang dipapan kenyataan fakulti..lega rasanya bila dapat tahu siapa penyelia tesis, sekurang-kurangnya adah ada tempat panduan untuk merujuk..cuma masih 'blur' nak wat tajuk apa..cuma yang pasti masa tue aku dan rakan yang lain diarahkan untuk mendaftar yahoo groups dilaman Latihan Ilmiah 2008 sebagai wadah ilmiah yang akan menghubungkan kami dengan penyelia tesis tersebut..dilaman tue juga nanti akan digunakan sebagai bahan perantaraan, hebahan atau ruangan informasi untuk setiap pelajar yang dibawah seliannya..
maka bermula dari hari itu, kami dikehendaki untuk menghadiri kelas latihan ilmiah untuk membincangkan tentang setiap perkembangan tesis yang telah disiapkan. Namun jadi bengang rasanya bila diberitahu bahwa tajuk latihan ilmiah berkaitan ICT, apa lagi bila dapat tahu kami kena hasilkan 4laman blog berkaitan "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN " ..namun syukur alhamdulillah , berkat dorongan , sokongan dan tunjuk ajar dari penyelia dan rakan-rakan kami bersemangat dan berazam untuk menggunakan peluang serta kesempatan yang ada untuk melakukan yang terbaik dalam kajian ilmiah ini.

Tesis @ Latihan Ilmiah??

first sem for the fourth year in 2008 just begin..memang bengang giler sebab masa tue aku kena buat latihan ilmiah..tidak cukup ngan bizi buat assignment & projek luar ke sana ke mari , kini terpaksa pula mencari tajuk yang sesuai untuk dicadangkan kepada penyelia tesis kelak..
emmm..tak tau nak wat tajuk ape? sape la penyelia tesis aku ni?..anyway semua tue menjadi tanda tanya yang sering bermain di ruang mindaku..kekadang terlintas di fikiran kalaulah semua dah siap kan best..tapi apakan daya semuanya itu bukan kudratku..sebagai pelajar dan mahasiswa terpelajar bahkan sebagai pendidik yang bakal menyambung generasi guru era 2020..menuntut diriku menjadi lebih bersedia dengan cabaran globasasi yang kian parah..untuk itu aku perlu kreatif, kritis ,inovatif dan mahir dalam berdepan dengan fenomena tersebut..maka diharapkan melalui ruangan kajian ilmiah ini melatih diri menjadi lebih profesional dan rasional dalam mempersiapkan diri mengadapi sebarang cabaran yang bakal tiba..insyaAllah..

kesudahan Latihan Mengajar...

Alhamdulillah..syukur rasanya setelah selesai shj latihan mengajar, kenangan beberapa hari yang lalu, ku rasa seperti baru semalam berlaku, kekadang teringat pula telatah pelajarku yang tidak pernah segan bercerita, tidak kering gusi tertawa, ingin sahaja ku hampiri untuk kuluahkan segala betapa diriku cukup bahagia ,gembira rasanya bila melihat mereka tekun belajar dan tak pernah puas bertanya, walaupun rasa letihku masih tak hilang namun ku rasa puas mencurahkan sedikit ilmu kepada anak bangsaku..andai posting bisa ku pilih ingan sahaja ku teruskan perjuangan menjadi seorang guru di situ..kini sem baru bermula untuk sekian kalinya..kuniatkan dalam hati " TAWAKKAL ILALLAH" semoga segalanya mudah dan dipermudahkan , biar saja mendapat redha dari-Nya..insyaAllah..

Berikan Komen Anda Disini

Leave a Comment

/blogger