Setelah melihat dan meneliti beberapa buah rujukan , penulis merasakan pembinaan peta konsep amat penting, kerana ianya berfungsi sebagai garis panduan kepada pembinaan objektif yang boleh dicapai. Oleh yang demikian penulis telah melakar sebuah peta konsep yang agak "simple" untuk dimasukkan dalam laman P&P memandangkan keterhadan kawasan yang disediakan dalam template blog. Hasilnya penulis dapat merancang disamping memudahkan penulis melaksanakan segala proses kajian ilmiah ini secara lebih aktif dan berkesan disebabkan telah wujudnya idea-idea baru sebagai kesinambungan kepada idea-idea asas .