Minggu ini penulis telah menerima emel berkaitan proses kajian yang perlu penulis dijalankan sepanjang menghasilkan gerak kerja latihan ilmiah 2008. Panduan yang diberikan memberikan "guide line" kepada penulis untuk memantapkn lagi blog yang sedia ada disamping memperbaiki setiap kekurangan yang dapat dikenal pasti. Penulis cuba membuat refleksi dan mengaplikasikan apa yang telah diterangkan dalam panduan yang diberikan oleh penyelia ilmiah sebagaimana dibawah seperti membina hyperlink dengan rakan setugas bagi menghebahkan laman-laman yang telah dihasilkan ,meminta komen dan maklum balas dari setiap rakan dari kumpulan ilmiah supaya dapat diperbaiki dan mencari inisiatif tentang bagaimana untuk menjadikan laman P&P ini lebih menarik dan "advanced" . kesemua proses ini bertujuan agar ianya sentiasa bertepatan dan bersesuaian dengan kretiria yang dikehendaki....semoga cemerlang!!

Arahan/ Tugasan :
PANDUAN 2; PROSES KAJIAN

  • Kajian anda adalah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang berkaitan dengan bidang masing-masing
  • blog digunakan untuk anda memaparkan sumber-sumber maklumat yang telah anda cari, pilih, nilai dan akan gunakan dalam tajuk-tajuk yang anda.
  • Blog juga digunakan sebagai medan untuk anda menggunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan.
  • Untuk itu dalam proses pembangunan blog ini, ia perlu melalui langkah-langkah berikut :

1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran)

2. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka (blog boleh dipelbagaikan user interface - contoh blog yang Fadil sesduai untuk dijadikan interface - tetapi saya tak mahu sama. Anda boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian anda. Anda perlu buat blog tentang proses anda melaksanakan kajian - refleksi metakognitif anda melakukan kajian - termasuk nanti semasa anda mencari maklumat. Dalam hal ini ada perlu mempelajari kemahiran membuat blog.

3. Menyebarkan blog anda pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Sila letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing agar saya dan dr saemah dapat memantau kemajuan anda. Anda juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajaran dalam blog anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan ukm. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim darul izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke kemboja anda boleh arrange, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri.

4. Setelah mendapat maklum balas dari pelajar, anda boleh memperbaiki blog anda.

5. Dalam proses menyiapkan menyiapkan blog kajian, anda perlu menyiapkan laporan dan uploadkan dalam folder masing-masing dalam group ini. agar kami dapat memantau kajian anda.

6. Sila ikut arahan kami dari masa ke semasa.

7. Sekarang anda perlu melipat gandakan usaha.

8. Saya dapati tidak ramai yang aktif dalam group ini.