Minggu ini penulis menuju ke Perpustakaan Tun Sri lanang dan berulang-alik ke perpustakaan fakulti pendidikan UKM untuk mencari informasi yang berguna, menambah rujukan tambahan sebagai panduan untuk penulisan blog khususnya dalam laman P&P. Pada awalnya memang rasa "stress" memandangkan terlalu banyak bahan rujukan yang terdapat di kedua-dua perpustakaan sehinggakan penulis sendiri keliru untuk mulakan dekat mana terlebih dahulu, tambahan lagi rujukan berkaitan yang ada adakalanya bercampur dengan rujukan yang lain mungkin disebabkan tindakan sesetengah pelajar yang tersalah letak selepas menggunakannya. kebanyakan rujukan yang ada pula boleh dikatakan dalam versi english.walaubagaimanapun berkat kesabaran akhirnya penulis berjaya memilih beberapa bahan rujukan untuk melihat bagaimana penyampaian dan pengolahan isi serta kadungan huraian yang terdapat dalam rujukan tersebut.
0 comments:
Post a Comment