Seperti biasa.. penulis akan mendapat mesej daripada penyelia yang disampaikan melalui emel dalam Yahoo Groups dan tugasan kali ini mengarahkan kami supaya membuat kemas kini "link" disamping membina folder sendiri yang telah diberi nama dan dipautkan dengan semua laman blog yang telah dihasilkan. Sebenarnya arahan ini merupakan maklum balas dari penyelia rentetan masih terdapat sesetengah pelajar ilmiah yang belum menguruskan folder dan tidak menghubungkan blog yang dihasilkan dalam yahoo groups untuk pemantauan penyelia dari semasa ke semasa.

Arahan / Tugasan :
Sila kemas kini link (pautan) untuk blog anda. semua pelajar perlu ada folder sendiri untuk Link. Klik Add folder dan namakan dengan nama anda. Kemukakan semua pautan blog anda dalam setiap folder anda. Konsep sama seperti Files