Semasa pembentangan ilmiah beberapa hari yang lepas , memang agak mencemaskan penulis memandangkan masih terdapat ruangan blog yang belum disempurnakan , tidak cukup dengan itu persediaan yang dibuat juga tidak beberapa mantap untuk penulis menyampai dan membentangkan hasil kerja ilmiah tersebut. pengolahan isi dan huraian yang tidak seberapa , menyebabkan pelbagai kritikan membina dan cadangan yang diberikan dari penyelia dan rakan ilmiah. Walaubagaimanapun proses ini memberi ruang kepada penulis untuk memperbaiki dan mempelbagaikan lagi inisiatif yang digunakan dimasa hadapan supaya hasil kerja yang dipersembahkan lebih "advanced" dari yang biasa. Komitmen dan sikap tidak segan bertanya antara rakan semasa proses ilmiah membina satu hubungan kemesraan yang murni hingga akhirnya menjalinkan ikatan ukhwah untuk menitip kejayaan bersama.
0 comments:
Post a Comment