Beberapa bulan telah berlalu, hari yang dinantikan kian tiba dan start minggu ini bermulanya minggu peperiksaan akhir untuk seluruh pelajar UKM .maka ini bermaksud permulaan hari yang kian "stress" buat penulis dan rakan dari kumpulan ilmiah yang lain. Bayangkan sahaja penulis terpaksa membahagikan masa antara exam, study dan buat tesis, ruang dan kelapangan masa yang diberikan pula cukup "pack" atau sangat terhad .memang "tension" dan kelam kabut penulis dibuatnya. keadaan menuntut penulis memperuntukkan secukup masa yang ada untuk dimanfaatkan sebaiknya . kekadang penulis terpaksa bercekung mata untuk memenuhi segala keperluan tersebut, memang tak cukup tangan andai ingin disempurnakan segalanya. Namun hikmah disebaliknya menyedarkan penulis bahawa hidup universiti bukanlah setakat belajar dan menjadi mahasiswa yang terpelajar , tetapi kepelbagaian tugasan yang diamanahkan mengajar dan melatih kita erti disiplin serta pengurusan diri & masa dengan sebaiknya. kesedaran ini akhirnya membina bibit-bibit yang harmoni dalam diri penulis, dan kini penulis lebih " confident" untuk persiapan ilmiah buat sekian kalinya.
0 comments:
Post a Comment