pemilihan template yang sesuai merupakan suatu agenda penting yang perlu dilakukan bagi seorang pengarang blog, hal ini kerana template yang sesuai memudahkan proses pengurusan blog dan susunatur posting serta widget. kadang-kadang blog yang tidak sesuai seperti ruang atau tulisan terlalu kecil, atau warna yang terlalu garang memberikan impak kepada pembaca, kemungkinan pembaca akan hilang "mood" untuk meneruskan pembacaannya disebabkan fizikal template yang menyakitkan pandangan dan sukar untuk dibaca. Oleh yang demikian atas sebab itu penulis sendiri telah mencari dan mencuba beberapa template yang agak sesuai dan bertepatan dengan apa yang ditutorialkan dalam blogger. walaubagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai masalah yang dihadapi penulis semasa ingin "publish template" akibat ketidaksuaian dengan blog, namun selepas "try and error" akhirnya barulah penulis berjaya..syukurrr...