Diantara pengalaman paling menarik yang penulis pernah lakukan sepanjang menghasilkan latihan Ilmiah ini ialah ,, penulis terpaksa keluar ke kajang untuk mencari tajuk tesis di pusat buku teks. Hal ni memandangkan kajian yang akan penulis hasilkan mestilah berkaitan dengan silibus mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum sekolah ..dan alhamdulillah penulis berjaya menemuinya di sebuah kedai buku yang menjual pelbagai jenis buku, daripada buku teks hinggalah ke novel, semuanya dipasarkan ditempat tersebut "bookstore". selepas membelek dan meneliti beberapa buah buku ..akhirnya penulis terjumpa sebuah tajuk yang sesuai dan bertepatan dengan isu semasa ,iaitu "PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN" tajuk tersebut merupakan salah satu daripada beberapa silibus yang terkandung buku teks tasawur islam..