Setiap permulaan sudah pasti mempunyai pengakhiran, dan setiap pengakhiran akan lebih murni jika dapat dirancang dengan kemas dan teratur agar menjadi lebih harmoni dengan konsep , tema dan objektif yang ingin dicapai. Untuk sekian kalinya penulis berhadapan dengan skrin komputer , bersemuka dimeja pengarang ,mencari suatu destinasi yang lebih sempurna untuk menggapai hasrat ke kemuncak kejayaan .Pada peringkat ini, penulis menerima pelbagai komen daripada rakan ilmiah bertujuan untuk proses penambahbaikan .Segala kritikan tersebut pula digunakan sebagai garis panduan untuk memenuhi segala kretiria yang diperlukan. Antara yang penulis lakukan seperti menyusun atur segala isi yang telah dipostingkan agar tampak kemas, mengekalkan yang bersifat signifikan, mengurangkan gadget agar tidak membebankan komputer terutamanya semasa proses "loading" ketika membuka laman blog yang dibina , meletak dan membuang gambar yang dirasakan perlu dan tidak perlu untuk memberikan gambaran kepada pembaca berkaitan perkara yang tersurat, membuat kesinambungan antara isi dalam posting, memastikan pemilihan sifat warna juga menarik serta kontra bagi menyedapkan pandangan serta memperbaiki pengolahan ayat agar lebih jelas dan mudah difahami.
0 comments:
Post a Comment