Pada masa ini, penulis menerima tugasan baru daripada penyelia ilmiah berkaitan "strategi metakognitif" yang boleh dilayari melalui alamat www.3metaku.com. Tugasan ini sebenarnya bukanlah untuk membebankan penulis sebaliknya merupakan suatu inisiatif kepada pelajar daripada kumpulan ilmiah untuk membantu proses kajian dan memudahkan lagi perlaksanakan kajian ilmiah. Hal ini disebabkan dalam laman tersebut turut dimuatkan tentang beberapa kaedah , antaranya seperti berikut :

  • Pelayar Web : Pelayar web membolehkan anda melayari maklumat daripada Internet.Terdapat beberapa jenis perisian pelayaran yang boleh digunakan, antaranya Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
  • Enjin Carian : Enjin carian merupakan perisian yang digunakan untuk mencari maklumat. Ia juga merupakan laman web yang mengumpul dan mengorganisasikan laman-laman web berdasarkan sesuatu kata kunci.
  • Teknik Carian : Mengetahui teknik-teknik carian tertentu memberi kelebihan kepada anda untuk membantu anda mencari maklumat dengan cara yang cekap dan berkesan. Beberapa teknik carian dibincangkan untuk memberi panduan kepada anda memilih teknik carian yang sesuai dengan tugasan yang anda lakukan.
  • Simpan Bahan Dalam Talian : Beberapa teknik menyimpan bahan atau maklumat dibincangkan untuk memberi panduan kepada anda memilih teknik menyimpan yang sesuai dengan tugasan yang anda lakukan.
Informasi yang diberikan melalui laman tersebut memberikan pelbagai manfaat kepada penulis, khususnya dalam menjayakan proses kajian ilmiah yang mengintegrasikan antara pengajaran & pembelajaran melalui IT, laman tersebut secara tidak langsung sebagai wadah baru dalam corak pembelajaran yang lebih bersifat sistematik, berinformasi, terkini, "up to date" dan tidak membosankan pelajar mahupun guru pengajar.

Arahan / Tugasan :
PANDUAN 4, STRATEGI METAKOGNITIF SEPT 8
Assalamu alaikum,

  • * Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda menggunakan strategi metakognitif - sila pelajari kandungan laman web Metaku: www.cahtma.com/metaku/index64.html
  • * anda perlu mendaftar sebagai pengguna. seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami.
  • * Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 sept 08)