Berusaha.. mencuba dan terus mencuba tanpa berputus asa..akhirnya bibit kejayaan semakin hampir buat penulis, setelah beberapa hari bertungkus-lumus memerah otak, berfikir ,mencari idea, membuat refleksi, try & error akhirnya barulah penulis berjaya membina 5 blog berkaitan sebagai tapak untuk penulis meneruskan perjuangan menyiapkan latihan ilmiah ini, dengan bertunjangkan tajuk : PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN), penulis berjaya melakar sebuah blog berkaitan laman P&P yang akan digunakan sebagai laman pengajaran guru dan pembelajaran murid di alamat http://mybloggjul.blogspot.com/

Setelah itu penulis melakar sebuah blog yang berfungsi sebagai laman refleksi metakognisi di alamat http://refleksimetaku.blogspot.com/, di laman ini nanti penulis akan menulis dan menceritakan segala bentuk proses berfikir semasa menghasilkan 5blog yang masih "in progress" .

kemudian penulis cuba pula membina sebuah blog pula bagi menganalisis laman-laman berkaitan dengan blog P&P yang saya hasilkan , dan penganalisisan itu berdasarkan 10 kretiria " critical standard of thingking' iaitu 1)kejelasan, 2)ketepatan, 3)keterperincian, 4)logik, 5)relevan, 6)mendalam, 7)luas 8) signifikan dan 9)adil 10)hikmah iaitu di alamat http://truelythingking.blogspot.com/.

Disamping itu penulis juga mereka sebuah tapak khusus untuk mencaritakan tentang biodata pengarang di alamat http://myselfgjul.blogspot.com/, dilaman ini nanti penulis akan mencaritakan bagaimana rentetan kehidupan penulis bermula dari zaman kanak-kanak, ke bangku sekolah hinggalah ke alam remaja seterusnya menjadi mahasiswa yang berjaya hari ini.

Seterusnya setelah berjaya menghasilkan ke empat-empat blog tersebut sebagaimana yang ditugaskan oleh penyelia ilmiah, penulis membina sebuah lagi tapak yang akan menjadi laman utama bagi kesemua blog tadi di alamat http://myilmiahblog.blogspot.com/, di laman ini nanti penulis akan menghubungkan ke empat blog kepada laman ni melalui pautan hyperlink dan diharapkan agar para pembaca yang budiman berpuas hati dengan blog-blog yang dihasilkan..InsyaAllah