kawan sekuliah selalu kata "buat blog tu payah pe lagi nak buat laman Web". tapi bagi penulis ianya merupakan suatu cabaran dan sebagai pelajar yang bakal menjadi pengajar ,cabaran itu perlu diterima dengan terbuka dan bukannya melarikan daripadanya ,bahkan ia mampu mendidik diri manjadi lebih lebih matang dan berani berhadapan dengan masalah@risiko, penulis yakin dan percaya kemungkinan terdapat 1001 macam problem yang mugkin bakal penulis temui disekolah, Justeru sebagai seorang pendidik bahkan sebagai seorang guru agama@ustaz@da`ie yang sesuai dengan era globalisasi , penulis perlu memantapkan diri dengan pelbagai susunan ilmu pada setiap ruang, peluang dan kesempatan masa yang ada..walaubagaimanapun sebelum membuat laman ilmiah berkaitan pengintegrasian IT dalam P&P penulis telah terlebih dahulu, membuat kajian tentang negative dan positive penggunaan laman web@Blogger..dan ianya bersesuaian dengan tugasan penulis...

sila kaji dan bincangkan :
1. kelebihan dan kelemahan Blog untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2. 1. kelebihan dan kelemahan laman web yang dibina sendiri templatnya
(bukan blog) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.