Penulis menerima emel daripada penyelia yang mengarahkan supaya membina folder dalam yahoo groups yang berfungsi menjadi web/digital portfolio bagi memudahkan penyelia ilmiah membuat tinjauan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengetahui tahap perkembangan pelajar yang berada dibawah seliaannya..


Arahan/tugasan :
Saya (penyelia) harap pelajar mencipta folder masing-masing dengan meletakkan nama penuh (bukan samaran) dan nombor matrik. Folder ini akan menjadi web-portfolio atau digital portfolio, di mana kami akan memantau setiap laporan kajian. Pelajar-pelajar lain juga diTUNTUT untuk membuat pentaksiran portfolio antara satu sama lain.
Bagi yang dah lupa cara membukan folder
Langkah-langkah :
1. Pada menu sebelah kiri, klik Files
2. Create Folder
3. Folder Name: Letak Nama Penuh dan nom. matrik. Pada ruangan Description tidak perlu letak apa-apa pada ketika ini, kerana anda akan meletakkan tajuk kajian pada masa akan datang.
4. Buka folder masing-masing, dan upload sebarang bahan yang berkaitan
dengan kajian ilmiah anda di masa akan datang.