Sebenarnya latihan ilmiah berkaitan pengintegrasian maklumat dalam P&P telah ditawarkan oleh pensyarah semasa sem lepas lagi , namun masa tu, belum konfom lagi nak wat tentang ape..kerana mungkin masih mencari sesuatu yang lain dari yang lain,then last minute.. akhirnya saya buat keputusan untuk meneruskan bentuk latihan ilmiah ini memandangkan minat saya lebih cenderung kepada ICT. Diantara tugasan yang perlu saya lakukan berdasarkan kehendak penyelia tesis adalah :
Tajuk kajian masing-masing anda mestilah unik.
- Namun tajuk ini boleh diberi dari masa ke semasa. Yang penting semasa latihan mengajar di sekolah nanti, anda dapat meneroka dan memilih tajuk yang sesuai untuk mengintegrasikan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk tertentu. Maknanya berdasarkan pengalaman anda mengajar sesuatu tajuk tersebut tanpa mengintegrasikan laman web (mungkin semasa latihan mengajar di sekolah tidak dapat diintegrasikan dengan sumber maklumat laman web atas kekangan tertentu), tetapi dalam kajian ilmiah nanti, anda perlu berfikiran kehadapan (futuristik) dalam mengintegrasikan ICT dan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran untuk sesuatu tajuk dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan AlQuran. Kerana walaupun pelajar tiada kesempatan di sekolah untuk menggunakan internet di sebabkan masalah teknikal, namun di rumah atau mana-mana siber kafe mereka boleh menggunakannya.
Secara ringkasnya penyataan masalah kajian anda adalah seperti berikut:
- Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.
- Untuk mendapatkan latarbelakang dan penyataan masalah yang konkrit untuk kajian ilmiah anda, maka satu kajian kes awal perlu dilakukan semasa latihan mengajar di sekolah. Anda perlu membuat temubual berpandukan soalan-soalan berstruktur yang akan saya beri pada anda. Jesturu itu, saya harap semasa latihan mengajar nanti tolong gunakan yahoogroups ilmiah2008 untuk berbincang dan mengikuti arahan saya dari masa kesemasa.
- 1. Anda perlu menemu bual - guru-guru pendidikan Islam di sekolah anda.
- 2. Anda perlu menemu bual - pelajar-pelajar untuk mendapat pandangan
- 3. anda perlu membuat pemerhatian - pembudayaan ICT di sekolah, infrastruktur ICT di sekolah.
Saya mengharapkan pelajar-pelajar yang telah"menyerah diri" untuk kami selia, akan mengumpul data berkenaan
Data akan dianalisis secara kualitatif (teknik triangulasi) dan anda akan memuatkan hasil analisis anda dalam latar belakang kajian dan penyataan masalah yang konkrit untuk tindakan seterusnya untuk mencapai objektif kajian
OBJEKTIF KAJIAN
a. Mencari, menganalisis dan menilai sumber maklumat dari laman-laman web yang bersesuaian dengan tajuk
b. Menghasilkan strategi pencarian, penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat sebagai panduan guru dan pelajar sekolah.
c. Membina modul berasaskan blog (weblog) bagi pengajaran dan pembelajaran [tajuk] mengintegrasikan sumber maklumat yang dipilih
Dengan itu, pada minggu pertama dan kedua semasa latihan mengajar, anda perlu membuat hubungan baik (rapport) silaturrahim dengan guru-guru pendidikan Islam di sekolah dan juga pelajar sekolah. Kerana anda menemubual mereka dari masa secara informal sepanjang anda berada di sekolah semasa latihan mengajar. Anda boleh mengemukan soalan-soalan secara sedikit demi sedikit. Anda perlu mencatatkan point-point yang dikemukakan berdasarkan temubual secara informal.
Maknanya semasa anda di sekolah nanti, selain melakukan latihan mengajar anda dilatih untuk menjadi penyelidikan kualitatif dan mendapat pengalaman tentangnya.
wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

0 comments:
Post a Comment