0 Comments
Pada masa ini, penulis lebih berkeyakinan memandangkan penulis telah membuat persiapan menyeluruh. Walaubagaimanapun perasaan " nervous" dan rasa tertekan tetap timbul disebabkan kekangan masa untuk menyiapkan blog disamping melengkapkan laporan berdasarkan format yang telah diberikan. Rancangan pengajaran harian, Power Point pengajaran perlu disediakan sekali, tidak kurang dengan itu, penulis juga kena menyiapkan satu lagi Power Point yang bertujuan untuk pembentangan blog. Penulis mengaharapkan ianya dapat membantu dan merancang semasa proses tersebut.

Semasa pembentangan ilmiah beberapa hari yang lepas , memang agak mencemaskan penulis memandangkan masih terdapat ruangan blog yang belum disempurnakan , tidak cukup dengan itu persediaan yang dibuat juga tidak beberapa mantap untuk penulis menyampai dan membentangkan hasil kerja ilmiah tersebut. pengolahan isi dan huraian yang tidak seberapa , menyebabkan pelbagai kritikan membina dan cadangan yang diberikan dari penyelia dan rakan ilmiah. Walaubagaimanapun proses ini memberi ruang kepada penulis untuk memperbaiki dan mempelbagaikan lagi inisiatif yang digunakan dimasa hadapan supaya hasil kerja yang dipersembahkan lebih "advanced" dari yang biasa. Komitmen dan sikap tidak segan bertanya antara rakan semasa proses ilmiah membina satu hubungan kemesraan yang murni hingga akhirnya menjalinkan ikatan ukhwah untuk menitip kejayaan bersama.

Arahan / Tugasan :
PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN TESIS
Sila bentang kemajuan masing-masing pada 20 oktober 2008
Lazimnya penulis akan mendapat emel dan tugasan baru daripada penyelia ilmiah, dan untuk sekalian kalinya penulis mendapat tugasan baru berkaitan "Borang Penilaian Metaku" .untuk tugasan kali ini penulis dikehendaki memuat turun borang tersebut, mengisi borang , memberi komen dan mengutarakan cadangan berkaitan tentang instrumen penilaian laman web kepada penyelia ilmiah untuk proses pembaikan.

Arahan / Tugasan : DOWNLOAD BORANG PENILAIAN METAKU SEPT 15

Arahan / Tugasan : DOWNLOAD BORANG PENILAIAN METAKU SEPT 15
- Sila hantar download borang penilaian metaku
- Saya percaya anda telah mempelajari laman web www.3metaku.com dengan tempoh masa yang mencukupi yang telah saya beri. Anda juga telah membuat ANALISIS KENDIRI DAN MENGHANTAR KEPUTUSANNYA. Langkah seterusya sila lakukan PENILAIAN KENDIRI selepas mempelajari STRATEGI METAKU.
- Tugas anda yang seterusnya ialah download nya :
- Rename fail atas nama anda.
- Kemukakan penilaian anda terus dalam borang tersebut dan upload dalam folder borang penilaian metaku dan juga menghantar fail tersebut secara attachment kepada naw2200@... sebagai backup. (Tarikh hantar: 16 Sept 08).

- Pelayar Web : Pelayar web membolehkan anda melayari maklumat daripada Internet.Terdapat beberapa jenis perisian pelayaran yang boleh digunakan, antaranya Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
- Enjin Carian : Enjin carian merupakan perisian yang digunakan untuk mencari maklumat. Ia juga merupakan laman web yang mengumpul dan mengorganisasikan laman-laman web berdasarkan sesuatu kata kunci.
- Teknik Carian : Mengetahui teknik-teknik carian tertentu memberi kelebihan kepada anda untuk membantu anda mencari maklumat dengan cara yang cekap dan berkesan. Beberapa teknik carian dibincangkan untuk memberi panduan kepada anda memilih teknik carian yang sesuai dengan tugasan yang anda lakukan.
- Simpan Bahan Dalam Talian : Beberapa teknik menyimpan bahan atau maklumat dibincangkan untuk memberi panduan kepada anda memilih teknik menyimpan yang sesuai dengan tugasan yang anda lakukan.
Informasi yang diberikan melalui laman tersebut memberikan pelbagai manfaat kepada penulis, khususnya dalam menjayakan proses kajian ilmiah yang mengintegrasikan antara pengajaran & pembelajaran melalui IT, laman tersebut secara tidak langsung sebagai wadah baru dalam corak pembelajaran yang lebih bersifat sistematik, berinformasi, terkini, "up to date" dan tidak membosankan pelajar mahupun guru pengajar.
Arahan / Tugasan :
PANDUAN 4, STRATEGI METAKOGNITIF SEPT 8
Assalamu alaikum,
- * Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda menggunakan strategi metakognitif - sila pelajari kandungan laman web Metaku: www.cahtma.com/metaku/index64.html
- * anda perlu mendaftar sebagai pengguna. seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami.
- * Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 sept 08)

Arahan / Tugasan : PENCARIAN BLOG BERKAITAN
Setakat ini beberapa pelajar sahaja yang ada blog sendiri. kepada pelajar yang lain.Sila berbuat demikian. Sila Cari blog yang berkaitan dengan usaha dakwah dan juga blog yang berkaitan pendidikan islam dan alquran. Senaraikan blog berkenaan.

Arahan / Tugasan :

Arahan/ Tugasan :
PANDUAN 2; PROSES KAJIAN
- Kajian anda adalah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang berkaitan dengan bidang masing-masing
- blog digunakan untuk anda memaparkan sumber-sumber maklumat yang telah anda cari, pilih, nilai dan akan gunakan dalam tajuk-tajuk yang anda.
- Blog juga digunakan sebagai medan untuk anda menggunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan.
- Untuk itu dalam proses pembangunan blog ini, ia perlu melalui langkah-langkah berikut :
1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran)
2. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka (blog boleh dipelbagaikan user interface - contoh blog yang Fadil sesduai untuk dijadikan interface - tetapi saya tak mahu sama. Anda boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian anda. Anda perlu buat blog tentang proses anda melaksanakan kajian - refleksi metakognitif anda melakukan kajian - termasuk nanti semasa anda mencari maklumat. Dalam hal ini ada perlu mempelajari kemahiran membuat blog.
3. Menyebarkan blog anda pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Sila letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing agar saya dan dr saemah dapat memantau kemajuan anda. Anda juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajaran dalam blog anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan ukm. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim darul izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke kemboja anda boleh arrange, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri.
4. Setelah mendapat maklum balas dari pelajar, anda boleh memperbaiki blog anda.
5. Dalam proses menyiapkan menyiapkan blog kajian, anda perlu menyiapkan laporan dan uploadkan dalam folder masing-masing dalam group ini. agar kami dapat memantau kajian anda.
6. Sila ikut arahan kami dari masa ke semasa.
7. Sekarang anda perlu melipat gandakan usaha.
8. Saya dapati tidak ramai yang aktif dalam group ini.

Untuk memantapkan lagi isi dan huraian dalam kajian ilmiah berasaskan integrasi IT ini, penyelia mencadangkan agar meneliti dan menambah serta memperbaiki lagi isi daripada beberapa sumber rujukan ilmiah yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar yang lepas, Hal ini memandangkan kemungkinan penulisan ilmiah yang masih " in progres" menunjukkan isi yang belum matang dan memerlukan kepada penjelasan yang lebih konkrit sagar dapat merungkaikan semua permasalahan " what, why, who, & how" dan memenuhi segala kriteria dalam "critical standard of thingking"..oleh yang demikian penulis telah berusaha mencari beberapa sumber rujukan yang mempunyai kebolehpercayaan serta kesahan sebagai sumber rujukan..semoga succses InsyaAllah

Arahan/Tugasan :
CONTOH KAJIAN LEPAS
untuk memberi kefahaman awal, tajuk kajian anda adalah lebih kurang maksudnya seperti dibawah
PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM/ PENDIDIKAN ALQURAN)
Senarai tajuk yang pelajar senior telah buat:
1. pengintegrasian sumber maklumat berasaskan web untuk pengajaran dan pembelajaran "ibadat puasa"
2. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran solat: tingkatan satu (unit 1)
3. pengajaran dan pembelajaran berasaskan web "saidina uthman bin affan r.a "
4. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran konsep pembaziran dalam islam
5. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran kejadian manusia menurut al-quran
6. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran beriman kepada rasul
7. pengintergrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran "bukti-bukti kekuasaan allah s.w.t. menurut al-qur'an"
8. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran tayammum
9. pengajaran dan pembelajaran berasaskan web "proses dan hikmat kejadian siang dan malam menurut al-quran"
10. pengintegrasian sumber maklumat laman web untuk pengajaran dan pembelajaran riba'
11. pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai matahari menurut alquran
12. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web untuk pengajaran dan pembelajaran hikmah kejadian alam semester berkaitan dengan pendidikan alquran
13. pengintegrasian sumber maklumat dari laman web tentang dakwah nabi muhammad saw menurut al-quran

Setelah itu penulis melakar sebuah blog yang berfungsi sebagai laman refleksi metakognisi di alamat http://refleksimetaku.blogspot.com/, di laman ini nanti penulis akan menulis dan menceritakan segala bentuk proses berfikir semasa menghasilkan 5blog yang masih "in progress" .
kemudian penulis cuba pula membina sebuah blog pula bagi menganalisis laman-laman berkaitan dengan blog P&P yang saya hasilkan , dan penganalisisan itu berdasarkan 10 kretiria " critical standard of thingking' iaitu 1)kejelasan, 2)ketepatan, 3)keterperincian, 4)logik, 5)relevan, 6)mendalam, 7)luas 8) signifikan dan 9)adil 10)hikmah iaitu di alamat http://truelythingking.blogspot.com/.
Disamping itu penulis juga mereka sebuah tapak khusus untuk mencaritakan tentang biodata pengarang di alamat http://myselfgjul.blogspot.com/, dilaman ini nanti penulis akan mencaritakan bagaimana rentetan kehidupan penulis bermula dari zaman kanak-kanak, ke bangku sekolah hinggalah ke alam remaja seterusnya menjadi mahasiswa yang berjaya hari ini.
Seterusnya setelah berjaya menghasilkan ke empat-empat blog tersebut sebagaimana yang ditugaskan oleh penyelia ilmiah, penulis membina sebuah lagi tapak yang akan menjadi laman utama bagi kesemua blog tadi di alamat http://myilmiahblog.blogspot.com/, di laman ini nanti penulis akan menghubungkan ke empat blog kepada laman ni melalui pautan hyperlink dan diharapkan agar para pembaca yang budiman berpuas hati dengan blog-blog yang dihasilkan..InsyaAllah
PANDUAN 3 -PROSES KAJIAN , MENCARI , , MEMILIH MENILAI
Sehingga tahap ini anda telahpun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan.
1. Blog peribadi/personal (optional)
2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatakan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)
Jangan terlalu menekankan soal estetika atau kosmetik blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut :
1. Tugas anda pada ketika ini untuk membaca, mengetahui, memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tentang pemikiran kritikal melalui artikel yang telah diupload.
2. Mencari, memilih dan menilai laman-laman web berdasarkan kriteria standard pemikiran.
3. Cari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk anda sama ada dalam bahasa Melayu, indonesia dan english.
4. Anda perlu menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Buat table/jadual untuk memudahkan anda membuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria.
5. Anda juga perlu membuat ulasan ringkas kandungan berdasarkan kriteria penilaian berasaskan standard pemikiran.
6. Semasa proses ini dijalankan anda boleh create satu blog yang khusus dengan menyenaraikan laman-laman web berkenaan serta ulasan. Kerana anda akan membuat pautan kepada blog berkenaan dari blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda. (ini yang dikatakan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dfan pembelajaran tajuk anda)
7. Semasa anda menganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, anda juga perlu mengambil iktibar dari kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya semasa anda membangunkan blog tentang tajuk anda ia tidak diulangi. Ia juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.
Proses ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh hari ini. Saya harap semasa perjumpaan minggu depan anda telah telah melalui proses ini dan jika ada masalah kami (Dr Saemah dan saya) akan jelaskan pada perjumpaan khamis depan 11 sept 08.

http://lamanpendidikan.blogspot.com/
http://cubafikir.blogspot.com/
http://fikiriman.blogspot.com/
untuk ditukarkan kepada template dan blog yang baru..Diharapkan semoga laman yang baru lebih ceria dan succses !!..insyaAllah
Selepas memilih tajuk yang sesuai penulis merancang semula , apa yang harus dilakukan , yang mana perlu didahulu dan dikemudiankan..kemudian berdasarkan alternatif tersebut penulis cuba memilih mana yang terbaik untuk dilaksanakan, selepas berfikir tentang cara yang paling berkesan, akhirnya penulis membuat keputusan, untuk membina blog semula pada dashboard yang sama, ini bertujuan agar penulis dapat menggunakan idea baru tanpa terpengaruh dengan idea lama, serta menggunakan blog yang lama sebagai rujukan/panduan kepada blog yang baru..
Arahan/tugasan :
PANDUAN 1, PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN KAJIAN
Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian:
1. Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
3. Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.
4. Untuk kajian ini, anda perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti
a. Komputer dalam Pendidikan (yang terkini anda perlu ada blog sendiri);
b. psikologi pendidikan;
c. teknologi pendidikan;
d. pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah pendidikan islam / alquran;
e. pengukuran penilaian;
f. kemahiran berfikir dalam pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –dan anda perlu baca dan faham dan bincang dalam yahoogroup tentang Intelectual standard. Dr saemah akan memantau tahap kefahaman anda tentang Intelektual standard ini );

Memahami tugasan memang amat penting sebelum melaksanakan sesuatu perkara, kerana sesuatu kejayaan itu bertitik-tolak kepada sejauh mana pemahaman dan bagaimana perlaksanaan kerja, hakikatnya pemahaman yang konkrit akan menjelaskan proses-proses yang perlu dijalankan..Oleh yang demikian penulis sentiasa cuba memahami tugasan melalui sesi pertanyaan/perbincangan yang dikhaskan dalam yahoo groups bersama dengan penyelia dan rakan sekuliah..pada ketika ini penulis masih lagi "blur" tentang tajuk yang sesuai bagi latihan ilmiah yang akan dihasilkan..namun bergiat aktif dalam perbincangan yahoogroups sedikit sebanyak telah membantu penulis memahami tugasan seterusnya mencari idea-idea yang bermakna dalam kajian ilmiah 2008.
Arahan / Tugasan :
Pelajar-pelajar diTUNTUT untuk aktif dalam yahoogroup ini. saya (penyelia) tidak mahu pelajar hanya menjadi PEMERHATI sahaja yang tidak menyumbang kepada perkongsian maklumat dan ilmu. Saya dan Dr Saemah akan memantau setiap keaktifan pelajar. Dalam latihan ilmiah, ini kami berkolaborasi. Saya memberi tumpuan kepada aspek teknikal, manakala Dr Saemah pula aspek Psikologi Pendidikan - berkaitan dengan kemahiran berfikir.
Interaksi maya berlaku dan didokumen/diarkibkan sebagai bukti keaktfifan.
1. Interaksi sesama pelajar (pelajar saling bantu membantu menyumbang idea dan memberi maklum balas, memberi motivasi, membuat pentaksiran rakan sebaya; berkongsi pengetahuan dan kemahiran) - Bekerja dalam satu pasukan
2. Interaksi pelajar dengan penyelia-penyelia.
Dalam kajian ini pada umumnya merupakan integrasi beberapa disiplin ilmu yang telah anda pelajari
1. Komputer dalam Pendidikan
2. Psikologi Pendidikan
3. Kemahiran berfikir dalam Pendidikan
4. Kurikulum dan Pedagogi
5. Kaedah pengajaran (mengikut pengkhususan masing-masing)
6. Pengukuran dan Penilaian
7. Asas Penyelidikan Pendidikan
8. Teknologi Pendidikan
9. Ilmu kandungan pengkhususan masing-masing (Pendidikan Islam /Pendidikan AlQuran)

- Justeru, saya berharap pelajar dapat mengintegrasikan kesemua disiplinilmu diatas agar dapat menjadi ILMU YANG MANFAAT.
- Sentiasa Ingat FALSAFAH UKM Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.
Penulis menerima emel daripada penyelia yang mengarahkan supaya membina folder dalam yahoo groups yang berfungsi menjadi web/digital portfolio bagi memudahkan penyelia ilmiah membuat tinjauan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengetahui tahap perkembangan pelajar yang berada dibawah seliaannya..
Arahan/tugasan :
Saya (penyelia) harap pelajar mencipta folder masing-masing dengan meletakkan nama penuh (bukan samaran) dan nombor matrik. Folder ini akan menjadi web-portfolio atau digital portfolio, di mana kami akan memantau setiap laporan kajian. Pelajar-pelajar lain juga diTUNTUT untuk membuat pentaksiran portfolio antara satu sama lain.
Bagi yang dah lupa cara membukan folder
Langkah-langkah :
1. Pada menu sebelah kiri, klik Files
2. Create Folder
3. Folder Name: Letak Nama Penuh dan nom. matrik. Pada ruangan Description tidak perlu letak apa-apa pada ketika ini, kerana anda akan meletakkan tajuk kajian pada masa akan datang.
4. Buka folder masing-masing, dan upload sebarang bahan yang berkaitan
dengan kajian ilmiah anda di masa akan datang.

Minggu ini penulis menerima mesej dari penyelia ilmiah dalam yahoogroups berkaitan photo yang perlu diuploadkan untuk memudahkan pensyarah mengenali pelajar-pelajar yang berada di bawah seliaannya.
Arahan : Sila letakkan gambar ukuran passport masing-masing dengan mberi nama penuh pada Photos

Bersesuaian dengan tugasan yang diberikan :
Anda perlu tahu dan mahir membina dan menyenggarakan blog. Jika anda mahu sesuatu yang mencabar, boleh bina laman web sendiri tanpa menggunakan blog sepertimana yang pernah anda pelajari semasa Komputer dalam Pendidikan.
Saya nak anda familiar bagaimana blog digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. anda perlu melayari blog-blog berkenaanya, tidak semestinya yang berkaitan dengan tajuk kajian nanti.

sila kaji dan bincangkan :
1. kelebihan dan kelemahan Blog untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2. 1. kelebihan dan kelemahan laman web yang dibina sendiri templatnya
(bukan blog) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sebenarnya latihan ilmiah berkaitan pengintegrasian maklumat dalam P&P telah ditawarkan oleh pensyarah semasa sem lepas lagi , namun masa tu, belum konfom lagi nak wat tentang ape..kerana mungkin masih mencari sesuatu yang lain dari yang lain,then last minute.. akhirnya saya buat keputusan untuk meneruskan bentuk latihan ilmiah ini memandangkan minat saya lebih cenderung kepada ICT. Diantara tugasan yang perlu saya lakukan berdasarkan kehendak penyelia tesis adalah :
Tajuk kajian masing-masing anda mestilah unik.
- Namun tajuk ini boleh diberi dari masa ke semasa. Yang penting semasa latihan mengajar di sekolah nanti, anda dapat meneroka dan memilih tajuk yang sesuai untuk mengintegrasikan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk tertentu. Maknanya berdasarkan pengalaman anda mengajar sesuatu tajuk tersebut tanpa mengintegrasikan laman web (mungkin semasa latihan mengajar di sekolah tidak dapat diintegrasikan dengan sumber maklumat laman web atas kekangan tertentu), tetapi dalam kajian ilmiah nanti, anda perlu berfikiran kehadapan (futuristik) dalam mengintegrasikan ICT dan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran untuk sesuatu tajuk dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan AlQuran. Kerana walaupun pelajar tiada kesempatan di sekolah untuk menggunakan internet di sebabkan masalah teknikal, namun di rumah atau mana-mana siber kafe mereka boleh menggunakannya.
Secara ringkasnya penyataan masalah kajian anda adalah seperti berikut:
- Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.
- Untuk mendapatkan latarbelakang dan penyataan masalah yang konkrit untuk kajian ilmiah anda, maka satu kajian kes awal perlu dilakukan semasa latihan mengajar di sekolah. Anda perlu membuat temubual berpandukan soalan-soalan berstruktur yang akan saya beri pada anda. Jesturu itu, saya harap semasa latihan mengajar nanti tolong gunakan yahoogroups ilmiah2008 untuk berbincang dan mengikuti arahan saya dari masa kesemasa.
- 1. Anda perlu menemu bual - guru-guru pendidikan Islam di sekolah anda.
- 2. Anda perlu menemu bual - pelajar-pelajar untuk mendapat pandangan
- 3. anda perlu membuat pemerhatian - pembudayaan ICT di sekolah, infrastruktur ICT di sekolah.
Saya mengharapkan pelajar-pelajar yang telah"menyerah diri" untuk kami selia, akan mengumpul data berkenaan
Data akan dianalisis secara kualitatif (teknik triangulasi) dan anda akan memuatkan hasil analisis anda dalam latar belakang kajian dan penyataan masalah yang konkrit untuk tindakan seterusnya untuk mencapai objektif kajian
OBJEKTIF KAJIAN
a. Mencari, menganalisis dan menilai sumber maklumat dari laman-laman web yang bersesuaian dengan tajuk
b. Menghasilkan strategi pencarian, penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat sebagai panduan guru dan pelajar sekolah.
c. Membina modul berasaskan blog (weblog) bagi pengajaran dan pembelajaran [tajuk] mengintegrasikan sumber maklumat yang dipilih
Dengan itu, pada minggu pertama dan kedua semasa latihan mengajar, anda perlu membuat hubungan baik (rapport) silaturrahim dengan guru-guru pendidikan Islam di sekolah dan juga pelajar sekolah. Kerana anda menemubual mereka dari masa secara informal sepanjang anda berada di sekolah semasa latihan mengajar. Anda boleh mengemukan soalan-soalan secara sedikit demi sedikit. Anda perlu mencatatkan point-point yang dikemukakan berdasarkan temubual secara informal.
Maknanya semasa anda di sekolah nanti, selain melakukan latihan mengajar anda dilatih untuk menjadi penyelidikan kualitatif dan mendapat pengalaman tentangnya.
wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

first sem for the fourth year in 2008 just begin..memang bengang giler sebab masa tue aku kena buat latihan ilmiah..tidak cukup ngan bizi buat assignment & projek luar ke sana ke mari , kini terpaksa pula mencari tajuk yang sesuai untuk dicadangkan kepada penyelia tesis kelak..
emmm..tak tau nak wat tajuk ape? sape la penyelia tesis aku ni?..anyway semua tue menjadi tanda tanya yang sering bermain di ruang mindaku..kekadang terlintas di fikiran kalaulah semua dah siap kan best..tapi apakan daya semuanya itu bukan kudratku..sebagai pelajar dan mahasiswa terpelajar bahkan sebagai pendidik yang bakal menyambung generasi guru era 2020..menuntut diriku menjadi lebih bersedia dengan cabaran globasasi yang kian parah..untuk itu aku perlu kreatif, kritis ,inovatif dan mahir dalam berdepan dengan fenomena tersebut..maka diharapkan melalui ruangan kajian ilmiah ini melatih diri menjadi lebih profesional dan rasional dalam mempersiapkan diri mengadapi sebarang cabaran yang bakal tiba..insyaAllah..