METAKOGNISI


Metakognisi ialah berfikir tentang proses berfikir dan melibatkan aras pemikiran yang tinggi.

* Sedar dan kawal proses berfikir.
* Refleksi proses berfikir

OPERASI METAKOGNISI

1. MERANCANG
Proses mengenal pasti strategi berfikir dan dan kemahiran berfikir serta bagaimana ia dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai matlamat.

2. MEMANTAU
Proses mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaan proses berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar.

3. MENILAI
Proses mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses berfikir yang telah dilalui.

ARAS PENGGUNAAN METAKOGNISI

1. Aras Penggunaan Secara Sedar.

Mengenal pasti dan menyatakan :
* Strategi berfikir
* Kemahiran berfikir
* Tujuan berfikir
* Tugasan berfikir

2. Aras Penggunaan Secara Strategik

Menyusun proses berfikir mengikut :
* Keutamaan
* Mudah ke sukar
* Menentukan kesesuaian KBSB
* Mencari alternatif lain

3. Aras Penggunaan Secara Reflektif

Mengimbas kembali proses berfikir yang dilalui untuk :
* Membuat tindakan susulan
* Ubahsuaian
* Penilaian

Merangsang Metakognisi Pelajar

Menggunakan frasa-frasa awalan tertentu seperti :
* Saya fikir ……
* Saya berpendapat …..
* Saya kurang pasti bahawa ….
* Pengetahuan dan pengalaman saya menunjukkan bahawa …..
* Saya yakin bahawa ….

Soalan Kendiri

OPERASI MERANCANG

* Apakah yang saya buat?
* Mengapa saya buat?
* Mengapa ia penting?
* Di mana ia sesuai dengan pengetahuan sedia ada saya?
* Bagaimana ia sesuai dengan pengetahuan sedia ada saya?

OPERASI MEMANTAU

* Apakah soalan yang diberikan kepada saya?
* Apakah saya perlu satu perancangan yang lain?
* Adakah perancangan ini menepati kehendak tugasan?
* Adakah semua ini sudah memadai?

OPERASI MENILAI

* Bagaimana saya dapat mengaplikasikan idea ini?
* Sejauh mana keberkesanan proses berfikir saya?

SOALAN TERANCANG OLEH GURU ;

Operasi Merancang
* Apakah matlamat akhir …
* Bolehkah ia menjadi kenyataan?
* Bagaimanakah kamu mencapainya?
* Apakah masalah yang akan dihadapi?
* Bagaimanakah kamu mengatasi masalah yang mungkin timbul?

Operasi Memantau
* Apakah kesilapan yang telah kamu lakukan?
* Bagaimana ia boleh terjadi?
* Apakah langkah yang kamu ambil untuk mengurangkan kegagalan kamu?
* Bagaimanakah kamu boleh mengambil keputusan / tindakan sedemikian?
* Apakah yang menyebabkan atau meransang kamu melakukannya?
* Apakah jangkaan telah benar-benar terjadi?

Operasi Menilai
* Apa yang kamu fikirkan tentang …?
* Kamahiran berfikir apakah yang telah kamu gunakan?
* Adakah tindakan kamu yang terbaik?
* Apakah tindakan lain yang boleh kamu lakukan?
* Sejauh manakah pemikiran atau tindakan itu dapat memenuhi matlamat?

PERBEZAAN ANTARA SOALAN METAKOGNISI DENGAN KOGNISI

METAKOGNISI
* Apakah langkah yang anda fikirkan untuk mencari persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B?
* Bagaimanakah anda membezakan daun A dan daun B?
* Mengapakah anda menggunakan kaedah itu?
* Adakah anda berpuas hati dengan keputusan yang anda dapat?

KOGNISI
* Senaraikan ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B.
* Bandingkan corak umum urat daun A dan daun B.
* Daun manakah yang lebih: (i) lebar (ii) panjang

RUMUSAN

Operasi kognisi melibatkan KBSB seperti penyelesaian masalah, membuat keputusan, mengkonsepsikan, pemikiran kritis dan kreatif, membuat penaakulan dan mengingat.

Operasi Metakognisi ialah melibatkan strategi proses merancang, memantau dan menilai tentang KBSB dan proses kognitif yang lain.

Metakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka

* berfikir
* meneroka pelbagai kaedah penyelesaian masalah
* melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual

AKHIR SEKALI

* Soalan metakognisi adalah untuk merangsang dan mengesan perkembangan metakognisi.
* Soalan kognisi bertujuan menguji penguasaan isi kandungan dan kemahiran berfikir.

(nota: Bahan KBSB ini adalah salinan sempena kursus 5 hari Pendedahan KBSB untuk guru-guru Sains negeri Melaka, bertempat di Dewan Bestari, PPD Melaka Tengah. Terima kasih kepada semua penceramah yang terlibat).